Thursday, July 25, 2013

ANDA INGINKAN CABARAN!!

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Daerah Batu Pahat dan Institut Ternakan Haiwan Jelai, Gemas, Negeri Sembilan akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Rekreasi Tahap 1 Daerah Batu Pahat di Institut Ternakan Haiwan Jelai, Gemas pada 6 - 8 September 2013. Sesiapa berminat sila hubungi di talian 07-4340120 (unit sukan). Penyertaan adalah terhad..

Tuesday, July 23, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT DAN MAJLIS PERPISAHAN PENYELIA PUSAT SIBER 
RAKAN MUDA 2013

22 Julai 2013, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat telah mengadakan Majlis berbuka puasa di Hotel Pinetree Batu Pahat. Semua kakitangan dan keluarga kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat hadir memeriahkan majlis berkenaan. Selepas Majlis berbuka puasa satu majlis perpisahan penyelia pusat siber rakan muda. Majlis dimulakan dengan ucapan Pegawai Belia dan Sukan, En.Halifi bin Ab Hamid seterusnya ucapan dari pegawai baru En. Remiezan Effendie bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Selepas itu semua penyelia pusat siber memberikan ucapan terakhir.









 Ucapan dari Pegawai Belia dan Sukan

 Cik Laila

Saudara Taufik

Saudara Nizam

Saudara Azwan

Ucapan dari Penolong Pegawai Belia dan Sukan, En.Mohd Remiezan Effendie bin Ibrahim





Gambar kenangan bersama kakitangan




Monday, July 22, 2013

PERTANDINGAN KARATE DAERAH BATU PAHAT

       Pada 20 - 21 Julai 2013, satu kejohanan Karate Peringkat Daerah Batu Pahat telah dijalankan oleh Persatuan Karate Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat di Dewan Orang Ramai Ayer Hitam. Pada hari pertama kejohanan berlangsungnya peringkat saringan dalam 3 bahagian dan dibahagikan kepada beberapa kategori melibatkan hampir 100 peserta dari Sekolah menengah dan sekolah rendah. Pada hari kedua pula kejohanan bersambung di peringkat suku akhir hingga peringkat akhir. Hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, En. Remiezan Effendie bin Ibrahim.


















Wednesday, July 17, 2013

MAJLIS PELANCARAN RAKAN MASYARAKAT BUBUR LAMBOK RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan Pejabat Daerah Batu Pahat. Sebanyak 36 Agensi Kerajaan, Ngo dan swasta telah mengambil bahagian dalam Majlis Bubur Lambuk Rakan Muda di Perkarangan Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat pada 14 Julai 2013 (Ahad). Keunikan program ini bukan sahaja melibatkan orang Muslim Melayu tetapi kaum dari Cina dan India turut sama menyertai program ini. Pelancaran telah di sempurnakan oleh YB Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor YB Dato' Zulkurnain bin Hj. Kamisan bersama dengan Pegawai Daerah Batu Pahat serta Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor.

Para VVIP

 Ucapan dari Pegawai Daerah Batu Pahat

 Ucapan Perasmian dari YB Exco Belia dan Sukan Negeri Johor

 Majlis Perasmian

 Majlis Pelancaran Bubur Lambuk

Pendaftaran Peserta

 Dari Kawasan Dun Sri Medan

 Sukarelawan dari Pejabat Parlimen Parit Sulong dan DUN Semerah

 PBSD Kota Tinggi

 Persatuan Belia IKHTASI Parit Ju

 Mukim 2, Bagan

 PBSD Muar

 PBSD Johor Bahru

 PBSD Kluang

 PBSD Segamat

 Majlis Belia Daerah Batu Pahat

 Puspanita JBSJ

 Temuramah dari RTM

 MBD.BP

 Barisan Urusetia