Friday, September 13, 2013



PERTANDINGAN KAYAK DAN SUKAN AIR 
SEMPENA KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013

24 Ogos 2013, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Daerah Batu Pahat, UTHM, Majlis Sukan Daerah Batu Pahat dan Paersatuan Kenu Negeri Johor telah mengadakan Pertandingan Kayak Dan Sukan Air Sempena Kembara Mahkota Johor di Sungai Simpang Kiri, Parit Sulong, Batu Pahat. Seramai hampir 50 peserta telah menyertai pertandingan tersebut. Peserta adalah dikalangan atlet SUKMA Johor, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Medan dan sekitar Parit Sulong. 





















Thursday, July 25, 2013

ANDA INGINKAN CABARAN!!

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Daerah Batu Pahat dan Institut Ternakan Haiwan Jelai, Gemas, Negeri Sembilan akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Rekreasi Tahap 1 Daerah Batu Pahat di Institut Ternakan Haiwan Jelai, Gemas pada 6 - 8 September 2013. Sesiapa berminat sila hubungi di talian 07-4340120 (unit sukan). Penyertaan adalah terhad..

Tuesday, July 23, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BATU PAHAT DAN MAJLIS PERPISAHAN PENYELIA PUSAT SIBER 
RAKAN MUDA 2013

22 Julai 2013, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat telah mengadakan Majlis berbuka puasa di Hotel Pinetree Batu Pahat. Semua kakitangan dan keluarga kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat hadir memeriahkan majlis berkenaan. Selepas Majlis berbuka puasa satu majlis perpisahan penyelia pusat siber rakan muda. Majlis dimulakan dengan ucapan Pegawai Belia dan Sukan, En.Halifi bin Ab Hamid seterusnya ucapan dari pegawai baru En. Remiezan Effendie bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Selepas itu semua penyelia pusat siber memberikan ucapan terakhir.









 Ucapan dari Pegawai Belia dan Sukan

 Cik Laila

Saudara Taufik

Saudara Nizam

Saudara Azwan

Ucapan dari Penolong Pegawai Belia dan Sukan, En.Mohd Remiezan Effendie bin Ibrahim





Gambar kenangan bersama kakitangan




Monday, July 22, 2013

PERTANDINGAN KARATE DAERAH BATU PAHAT

       Pada 20 - 21 Julai 2013, satu kejohanan Karate Peringkat Daerah Batu Pahat telah dijalankan oleh Persatuan Karate Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat di Dewan Orang Ramai Ayer Hitam. Pada hari pertama kejohanan berlangsungnya peringkat saringan dalam 3 bahagian dan dibahagikan kepada beberapa kategori melibatkan hampir 100 peserta dari Sekolah menengah dan sekolah rendah. Pada hari kedua pula kejohanan bersambung di peringkat suku akhir hingga peringkat akhir. Hadiah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, En. Remiezan Effendie bin Ibrahim.